Wednesday, December 10, 2014

Nilai

Nilai...
Berapa #nilai RM10 bagi kita sekarang? RM10 kadang-kadang tidak cukup untuk membeli nasi beriyani kambing, cukup-cukup untuk membasuh kereta kecil, dan bolehla kalau nak beli roti sebantal...
Nilai RM10 sekarang ini sudah kecil. Teringat saya masa darjah 1 dulu, seingat saya, mak bekalkan 10sen untuk ke sekolah. Paginya saya dan geng makan ketupat nasi kuah kacang semangkuk dengan harga 5sen, 5 sen lagi dibelanjakan lepas habis sekolah...bahagianya hidup pada masa kecil, orang kecil tidak risau memikirkan adanya duit atau tidak. Tapi kami orang kecil pada masa itu sentiasa ingat bahawa susahnya mak ayah kami mencari rezeki...

Sekarang ini, 10sen sudah tiada nilai. Kalau ada pun,hanya sebiji gula2 sahaja. Masuk ke tandas awam yang berbayar pun paling kurang 20sen. Kalau kerajaan mengatakan #inflasi negara tidak tinggi, saya pula mengatakan sebaliknya. Melihatkan jurang #ekonomi yang semakin meluas, harga barang semakin meningkat, tidak.mustahil anak2 kita nanti akan hidup dalam berhutang seumur hidup. Mula belajar dari sekarang cara menguruskan #kewangan, kalau tidak kita mungkin akan menyesal seumur hidup.

Sasarkan 1 anak 1 rumah. Sekiranya anda mempunyai 3 anak, anda dan suami sekurang-kurangnya mempunyai 4 buah rumah. 3 buah rumah untuk pelaburan anak-anak dan sebuah rumah lagi yang anda duduki sekarang. Walaupun rumah merupakan aset yang tidak senang untuk dicairkan, tetapi dalam jangka masa yang panjang, nilai rumah tersebut akan meningkat dari semasa ke semasa. Anda mungkin akan perlu mencairkan aset tersebut apabila tiba masanya, contohnya menjual rumah tersebut untuk anak2 menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Ini akan mengurangkan kebergantungan anda kepada pinjaman MAUT yang membebankan anda nanti dan juga anak anda akan menanggung hutang tersebut sehingga mereka menghabiskan pembayaran pinjaman maut tersebut.

Tabiat dan sikap berbelanja anda hari ini bakal menentukan kehidupan dan taraf kewangan anda pada masa depan. Anda pastinya tidak mahu tergolong di dalam kalangan mereka yang miskin disebabkan oleh tabiat berbelanja tidak berhati-hati dan kurang disiplin di dalam menyimpan. Akhir kalam..."Life live to the fullest, but prepare for the future".

“You don't have to be like most people around you, because most people never become truly rich and wealthy.” ― Manoj Arora, From the Rat Race to Financial Freedom
Post a Comment