Tuesday, December 2, 2014

Insuran: Perlindungan atau Beban?

Entri kali ini mungkin agak kontroversial sedikit...Saya mohon maaf terlebih dahulu terutamanya kepada yang terlibat di dalam bidang yang dinyatakan di bawah ini.

Ambil insuran sekadar yang diperlukan. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis agen...selepas kita tandatangan polisi, dan agen mendapat komisen, mereka selalunya akan melupakan kita.

Mohon maaf kepada kawan-kawan agen insuran. Kenyataan yang pahit. Baru-baru ini, saya membayar tunggakan insuran yang agak lumayan kerana bayaran sebelumnya menggunakan kad kredit yang telah saya mansuhkan. Saya juga telah menghubungi agen insuran saya dan maklumkan mengenai perkara tersebut...malang bagi saya, sehingga beberapa bulan tidak mendapat respon. Saya mula mengemelkan perihal perkara tersebut kepada "Helpdesk" atau mereka panggil "Careline" yang saya lihat tidak berapa kesah dengan masalah pelanggan. Emel mengambil masa yang sangat lama untuk mereka respon. Alasannya, terdapat masalah teknikal yang berbulan-bulan untuk diselesaikan.

Akhirnya "careline" tersebut respon kepada emel saya dan menyatakan bayaran tertunggak sekian-sekian yang perlu dibayar...hmmm, banyaknya jumlah yang perlu saya bayar. Mungkin masalah berpunca dari saya juga yang tidak bertindak pantas untuk menyelesaikan tunggakan tersebut, berharap sepenuhnya kepada agen, tapi akhirnya...saya redha bahawa agen insuran hanya mengambil kesah mengenai kita semasa kita membuat pembayaran awal, atau semasa mereka ingin memperkenalkan produk baru kepada pelanggan sedia ada. Dan saya mengalaminya sendiri...Ada agen yang memunculkan diri apabila hendak mengenalkan produk baru kepada kita, ada agen yang langsung tidak bertanya khabar berita dan menghiraukan pelanggan-pelanggan sedia ada kerna sibuk mencari pelanggan baru. Kalendar awal tahun pun saya tidak dapat selepas beberapa tahun membayar polisi insuran tersebut, apatah lagi cenderamata yang lain. Saya bukanlah hendakkan cenderamata2 tersebut, tetapi yang penting adalah ingatan kepada kita sebagai salah seorang pelanggan insuran tersebut....kecewa memang kecewa, tapi....hidup perlu diteruskan!

Bagi saya ada beberapa insuran yang kita perlukan:

  1. Insuran Hayat - samada kita seorang/single atau berkeluarga. Seperti di dalam bacaan Buku Azizi Ali, beliau ada juga menerangkan mengenai insuran;
  2. Insuran Kereta;
  3. Insuran Rumah. Tetapi sekiranya anda telah mengambil insuran hayat yang agak tinggi dan boleh membayar semua baki hutang rumah anda, itu sudah cukup bagus bagi saya;
  4. Insuran kemalangan diri dan perubatan diri. - Sekiranya anda sakit atau ditimpa kemalangan, sekurang-kurangnya keluarga anda tidak terbeban dengan kos perubatan anda. Dengan adanya insuran ini, anda masih boleh menyara kehidupan keluarga anda sekiranya anda sudah tidak berupaya untuk kerja.
Insuran perlindungan + pelaburan, bagi saya merupakan idea yang tidak berapa bagus. Kadar pulangan pelaburan yang tidak tinggi dan tidak menguntungkan. Anda boleh membuat pelaburan dan mendapat keuntungan di dalam skim yang lain, asalkan bukan skim cepat kaya. Insuran+pelaburan ini memang tidak menguntungkan saya. Saya membayar premium yang tinggi untuk perllindungan + pelaburang tersebut dan di akhir tempoh matang, saya hanya mendapat sedikit keuntungan sahaja. Hmmmm...dan saya berkira-kira untuk menamatkan polisi tersebut daripada mengalami lebih banyak kerugian.

Bagi yang berkira-kira hendak mengambil insuran, itupun kerana disogokkan dan dimomokkan oleh agen insuran mengenai kebaikan-kebaikan insuran....terlebih dahulu anda perlu tanya diri anda sendiri..."insuran yang mana yang aku benar-benar perlukan?" - lihat keperluan dan lihat kemampuan, kerana terma pembayaran insuran tersebut seperti kita membayar ansuran rumah atau kereta, lama dan memerlukan komitmen yang panjang. Sekiranya kita mati, kita tidak mendapat pun wang pampasan tersebut kerna kita telah ditanam di dalam tanah! Apa yang penting, adalah kehidupan orang yang kita tinggalkan itu. Pilih insuran yang betul dan pilih mengikut keperluan anda kerna keperluan kita masing-masing berbeza. Jangan percaya sepenuhnya kata-kata agen insuran.
Post a Comment