Saturday, July 5, 2014

Refleksi Ramadhan hari 7

Surah Ali-Imran, ayat 53:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ



"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut
RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".

Permohonan kepada Allah swt agar kita menjadi orang yang menjadi saksi keesaan Allah swt dan kebesaran Rasulullah. Dan berdoa semoga Allah swt berbelas kasihan dengan kita hambaNya agar ditetapkan hati-hati kita dalam keadaan Imaan dan Islam.

Refleksi Ramadhan hari 7
Berpuasa di kampung kali ini, kurangnya perasaan untuk menjadikan masa bersungkei sebagai pesta makanan. Makan apa yang teringin je. Dah 2 hari berkunjung ke bazaar ramadhan, tiada apa2 yang istimewa. Teringin nak makan mee kolok pada hari pertama di kampung. Bila tiba waktu berbuka,rasanya ala kadar sahaja. Hari ke-2 pula...teringin makan tapai. Alhamdulillah, sedap la jugak. 

Apa yang agak mengejutkan apabila menyinggah di satu bazaar ramadhan, selambanya seorang hamba Allah ini meminum air semasa berniaga. Dalam hati, "yang menjual ni Islam ke?"
Allahu Allahu...lemahnya hati untuk menegur.

Kadang-kadang, perkara yang sepatutnya kita jaga tepi kain masyarakat seperti ini,tidak dilihat sebagai sesuatu yang menuntut kita sesama Islam untuk menegurnya. Hatta,kita sendiri berasa kita perlu bersangka baik, mungkin juga mereka sakit yang menghalang mereka dari puasa. Lemahnya iman2 kita...Allahu Allahu

Ramadhan, syaitan dan iblis dipenjara, tapi kita perlu ingat bahawa nafsu kita itu masih boleh bermaharajalela-nafsu amarah,nafsu malas, nafsu irihati, nafsu dengki, dan macam2 nafsu lagi. Semasa ramadhan inilah nafsu akan memainkan peranan penting di dalam melemahkan iman kita. Makanya, mujahadah kita yang paling utama adalah melawan hawa nafsu kita.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah swt berbelas kasihan di dalam memberi hidayah dan taufiq pada kita.

Allahul musta'aan
Post a Comment