18 July 2014

Travellingbie : Musafir with mission - Banda Aceh

Hari 1

Musafir hari pertama di mulakan dengan pre-musafir. Packing barang keperluan untuk musafir dan menyelesaikan urusan-urusan mana-mana yang berkaitan.

Sehingga pagi hari permusafiran, MasyaAllah...sumbangan masih lagi diterima dari sahabat2 yang dikenali dan sahabat2 baru, juga keluarga. Dan ada juga yang menginfaqkan sejumlah wang yang agak besar untuk disadaqahkan. MasyaAllah...besarnya jiwa sahabat2 saya ini. Sebelum ke KLIA2, saya ke money changer dahulu untuk membuat tukaran rupiah. Semasa hendak ke KLIA2 pun masih ada yg maklumkan infaq masing2 dan juga dari sahabat2 mereka. MasyaAllah. Saya berdoa agar jiwa2 mereka juga berbesar hati untuk menginfaqkan sedikit harta buat saudara2 di Palestine yang sekarang ini sedang di dalam peperangan mempertahankan tanahair dan Islam dari dikuasai dan diserang zionis kafir.

Setiba di erl Putrajaya, Alhamdulillah...lebih awal dari biasa dan tiba di KLIA2 pada jam 1215pm. Setibanya di KLIA2, bertemu dengan sahabat2 baru yang lain dan masa itu barulah masing2 berkenalaan dan bertaaruf. Walaupun ada yg segan silu lagi...insyaAllah, mudah2an sepanjang musafir kami boleh kenal-kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama Islam.

Sedikit tragedi kecil berlaku...di mana, nama saya tiada di dalam senarai. Allahuakbar...rasa macam nak nangis. Tapi...tuan manager terus minta seorang sahabatnya untuk menemankan saya ke kaunter tiket. Doa sepanjang jalan menuju kaunter tiket agar ada rezeki untuk saya. Setibanya di kaunter tiket...Alhamdulillah, masih ada lagi kekosongan tempat duduk. Alhamdulillah...dapat tiket pergi dan balik walaupun tiketnya mahal.

Alhamdulillah Alhamdulillah...Praise only be to Allah. Selesai...urusan tiket, kami solat dahulu. Syukur dipanjatkan kepada Sang Maha Pencipta kerna diberikan peluang utk musafir dengan misi dan dipermudahkan segala urusan sungguhpun ada sedikit tragedi kecil berlaku.

Semoga Allah swt redha dengan permusafiran ini,dan semoga Allah swt berkati perjalanan kami. Sepanjang permusafiran...doa dipanjatkan untuk saudara2 di Palestine, untuk keluarga2 MH17 dan untuk semua umat Islam. Semoga ujian dan dugaan di dunia ini akan memberi hasil kemanisan di akhirat nanti.

Allahul musta'aan
Doakan misi kami mencapai maqsudnya. Aameeen

No comments: