30 May 2014

The Mysterious Mount Kinabalu - Part 1

Day 1:
Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Bayu Lodge Kinabalu tempat penginapan kami mengambil masa lebih 2 jam. Singgah sebentar di antara perjalanan untuk minum petang, kami menyambung perjalanan ke kaki gunung kinabalu. Setibanya di Bayu Lodge Kinabalu, kami check in, membersihkan diri, solat dan seterusnya menuju tempat makan di seberang jalan Kinabalu Park untuk makan malam.
Selepas makan malam, aktiviti meninjau-ninjau Kinabalu Park di teruskan pada malam tersebut. Masing-masing dah teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu :)
730am Checked out dari Bayu Lodge Kinabalu dan breakfast di gerai makan berhadapan Kinabalu park.
Memandangkan kami ramai dalam 14 orang,makanan breakfast yang dipesan sampai lambat. Breakfast saya pagi ini hanya roti dan sandwich ringan sahaja. Tidak mampu untuk minum pagi yang berat, dikhuatiri tidak berupaya untuk mendaki dalam keadaan perut kekenyangan :))
830am selesai breakfast, guide kami pun dah tiba dan memberikan kami tag nama sebagai peserta pendaki Gunung Kinabalu. Selelas itu kami bergerak ke pejabat Kinabalu park untuk mendaftar. Beg yang besar ditinggalkan di pejabat Kinabalu Park dengan kos RM10 1 beg. Saya hanya membawa daypack untuk pakaian bagi 1 malam. Itupun dah berat :))

9am lebih - naik shuttle van ke Timpohon gate untuk memulakan perjalanan ke Laban Rata dan bermalam di sana untuk semalam. Dari tempat shuttle van berhenti, ianya mengambil masa selama lebih kurang 5min untuk sampai ke pintu Timpohon. Guide kami bernama Sapinus dan bersama dengan nya ada 2guide junior menemani perjalanan kami. Sebelum meneruskan perjalanan, Sapinus memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan garis panduan ketika treking-jangan ambil apa2 semasa di Kinabalu selain dari gambar.
930am-bermulalah perjalanan kami menuju Laban rata ditemani hujan renyai2. Cuaca semasa mendaki tidak menyebelahi kami memandangkan sepanjang perjalanan pendakian kami ditemani hujan. Pendakian saya kali ini ditemani 3orang otai2 yang membuat comeback untuk mendaki gunung - jusoh,tapa dan bird. Yang ni memang sweeper agong gunung Kinabalu.
115pm - Tiba di Layang-layang shelter, masih lagi hujan dan kami berhenti makan tengahari di sana. Menu makan tengahari sangat ringan. Sandwich, ayam goreng dan sebiji epal hijau. Itupun x habis dimakan.
#lunch at layang-layang shelter at 115pm. Been#hiking n #climbing for nearly 4 hours. Kali ni trekking dalam hujan lagi...ohhhhh my knee. Di ketinggian 2702m dan basah serta sejuk, hanya semangat dan kawan-kawan sweeper yang menjadi pendorong. May Allah swt gives us strength and strong spirit. .Aameeen
447pm - saya sampai di Laban Rata dengan gigihnya. Sebaik sahaja sampai di Laban Rata,sujud syukur kepada Allah swt,kerna diberi kekuatan yang tidak seberapa ini untuk mendaki. Pada 1km terakhir untuk tiba ke Laban Rata merupakan perjalanan yang paling menguji mental. Hampir2 lagi berputus asa apabila melihat trek yang mencanak dan memerlukan usaha yang keras untuk mendaki. Sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah dan dengan motivasi dari sweeper2 agung, akhirnya saya sampai jua di Laban Rata. Alhamdulillah!

Setibanya di hostel,yang lain sudah mula makan malam. Simpan beg di hostel, mandi dan solat dulu sebelum makan malam. Air di Laban Rata tersangat sejuk, tapi terpaksa jugak mandi dan membersihkan diri memandangkan seharian trekking dalam hujan.

6pm - makan malam. Makan malam di Laban Rata memang sedap. Makanan disediakan secara buffet. Antara juadah makan malam kami adalah kambing, mee goreng, sayur campur, dan lain2. Memang sedap ataupun memang saya yang lapar. Menikmati makan malam sambil melihat matahari terbenam adalah satu ni'mat lebih2 lagi di ketinggian lebih 2500 meter. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah swt di ketinggian ini. Pada waktu dan ketika ini, cafe dipenuhi dengan pendaki dari pelbagai negara dan bangsa.
7pm - cafe di Laban rata mulai tutup. Kami bergerak ke bilik hostel masing2, solat dan merehatkan diri untuk perjalanan kemuncak seawal paginya. Selesai solat jamak, masing2 mula tidur seawal jam 8pm. Saya sendiri cuba dan memaksa diri untuk tidur. Seluruh badan disapu dengan minyak panas untuk mengurangkan lenguh dan sakit. Perasaan nak demam pun ada. Perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata memang benar2 menguji mental dan minda. Hanya doa dan semangat menjadi peneman jiwa untuk meneruskan trekking esoknya seawal 230am. Jam 10pm lebih, saya terbangun dari tidur. Terasa seperti lama sangat tidur. Rupa2nya, jam baru menunjukkan pukul 10malam. Begitu jugalah yang lain. Masing2 tidak boleh tidur. Walaubagaimanapun, memandangkan seawal pagi akan mulakan perjalanan kami memaksa diri untuk tidur bagi memberi kerehatan kepada badan.
Selamat Malam Laban Rata - Semalam di sini memberi erti hidup lebih bermakna :)

You don't climb mountains without a team, you don't climb mountains without being fit, you don't climb mountains without being prepared and you don't climb mountains without balancing the risks and rewards. And you never climb a mountain on accident - it has to be intentional.

No comments: