04 May 2014

Travellingbie : KL-Jakarta-Bandung-KL Mac 2014 ~ Day 4 dan Day 5 ~ To sum it all :)

Bandung


Dah tak daya dah nak buat travellog panjang-panjang. Hanya gambar-gambar dan sedikit catatan yang mampu merungkaikan segala peristiwa sepanjang perjalanan. :)
Where would all the adventure be - picture quote
Salah satu musolla di Cafe di Bandung. Terbuka sangat-sangat. Nasib baik orang tak ramai dan kebetulan pula hujan lebat. Tinggal kami sahaja yang solat maghrib & isyak pada masa itu. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan.


Cihampelas after heavy rain, banjir...berhujan dan main hujan. Hujan lebat turun selama beberapa jam dan ada kawasan disekitar bandung yang banjir. Ada juga kejadian tanah runtuh yang mungkin mengorbankan nyawa. Kami diberitahu oleh warga tempatan ada kawasan2 lereng bukit yg runtuh dan menimpa kawasan2 rumah penduduk. Takziah kepada penduduk yang terlibat. Di kawasan Cihampelas pula aktiviti perniagaan menjadi terbantut disebabkan hujan yang amat lebat. Disebabkan kawasan ini menuruni bukit, ianya membuatkan air hujan mengalir laju di sisi2 jalan menyebabkan kami terpaksa melalui lorong2 tepi yg sedikit tidak selesa. Adakalanya kami berhenti memasang strategi untuk melangkah bagi mengelakkan kasut basah. Adakalanya kami berjalan di tengah2 jalan yang tidak digenangi air. Walaupun begitu, kenderaan2 di sana amat prihatin dan memberi jalan pada kami walaupun kami berada di tengah2 jalan. Sekiranya anda ke sini, ketahui dulu kajian cuaca dan bersiap sedia dengan baju hujan disposable serta selipar. Di sini baju hujannya Rp10k ~ rm3. Watson lebih murah . Sekiranya anda mengikuti tour, pengalaman begini ketika hujan memang tidak akan dapat dinikmati. 



Sekembali ke hotel, kami singgah di warung kecil di hadapan hotel yang beroperasi 24 jam. Beli 3in1 dan keropok untuk mengalas perut sebelum berehat. Pengalaman meredah hujan yang lebat dan melihat survival penduduk tempatan menjadikan kami rasa syukur di atas apa yang Allah SWT telah berikan selama ini. Masih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kami dan masih ramai lagi yang kehidupannya kais pagi makan pagi dan berusaha sesungguhnya untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri sendiri. Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT.

Restroom at Paris Van Java. Seumpama masuk ke spa... #bandung #indonesia #parisvanjava

Di mana-mana, saya mesti coba kopi-o nya #bandung#indonesia
 

Yesterday's lunch n dinner - all kinds of surabi menus #lunch n #dinner at #bandung #indonesia

Today's breakfast. Hotel ini tidak menghidangkan buffet. Pilihan hanya 4 menu sahaja. Pagi ini kami memilih untuk makan mee sup indonesia yang seumpama maggi sup atau mee kolok #breakfast at#bandung #indonesia

Telekong travel for sale. Sejuk dan x nampak bayang leher. Tebal sedikit dari telekong travel yang biasa. PM me if interested. Colors are limited. #bandung#indonesia

Colors available #telekongtravel


Alhamdulillah, safely arrived. Praie only be to Allah alone. Dari 2beg, beranak pinak jadi 4beg. Kalau ke Bandung, bersiap sedia utk membeli kargo lugagge 20kg seorang. Inipun kami travel gaya backpacker. Kalau bukan backpacker tak tahula berapa kg nak kene beli lugage. Mungkin 40kg.... 




Seperti orang di sorong bantal..mbak makan ke saba'...layan walaupun kepak dan ngantuk dan esoknya kerja


No comments: