03 May 2014

Travellingbie : KL-Jakarta-Bandung-KL Mac 2014 ~ Day 3

Hari ke-3 kami berakhir di Jakarta dan kami teruskan perjalanan ke kota Bandung. Seawal pagi kami sarapan di hotel. Sekadar mengisi perut dengan makanan wajib di sini iaitu nasi @ nasi goreng. Jam 8 pagi, driver hotel sudah bersedia dan menunggu kami yang agak lewat turun ke lobi hotel. Dari hotel Plaza ke Stesen Gambir mengambil masa sekitar lebih kurang setengah jam disebabkan macet.
Kos taxi hotel pula dalam Rp100k untuk 2 orang.
Setibanya di Stesen Gambir, kami menyimpan beg dahulu di tempat penyimpanan bagasi memandangkan keretapi akan bertolak pada jam 1050am.
Kos penyimpanan beg selama sejam = Rp5k
Sementara menunggu keberangkatan ke Bandung, kami meninjau-ninjau dahulu sekitar Monas sehingga jam 1015 pagi. 

Dari maklumat Wikipedia:
Monumen Nasional atau singkatannya Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak tepat di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat. Monumen dan museum ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00 pagi - 3.00 petang

Selesai mengelilingi Monas, kami ke Stesen Gambir dan mengambil beg di kantor penyimpanan beg. Singgah sekejap di Holland Bakery. Dah lama jugak teringin nak merasa roti holland nie. Habis berbelanja sekirat Rp70k untuk roti tersebut sebagai bekalan di dalam keretapi.
Di sini keretapi dipanggil kereta :) Konfius sedikit bila ada kawan yang tanya "naik kereta ya...asyikkk" :))


Pemandangan begini hanya dapat dilihat bila menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung. MasyaAllah...hanya Allah lah kepunyaan segala isi langit dan bumi...
Dinner with Baso Siomay/Tahu and Es Cowet at Jalan Dago #bandung #indonesia

No comments: