Sunday, February 16, 2014

Travellingbie : Riadah Broga ~ Merenung dan Mengambil Iktibar Kebesaran Ilahi

Riadah Broga bagi tahun 2014 dimulakan dengan awal Bismillah. Seawal jam 550 pagi dah keluar rumah. Singgah solat subuh di Petronas Semenyih. Stesen Petronas yang baru dan surau pun selesa. Saya lihat ramai yang solat di sini dan mereka juga punya tujuan yang sama untuk ke Broga.

Jam 630 pagi sampai di luar kawasan meletak kereta di Broga. Suasana agak sejuk dengan angin yang kuat sedang menanti pengunjung-pengunjung Broga.

Jam 7 pagi, masih belum kelihatan yang lain, makanya saya meneruskan dakian dan menunggu mereka di puncak Broga. Ramainya ummat...
Sampai di puncak ke-2, hari telah mulai cerah dan terang. Semakin tinggi pendakian, semakin kuat angin menderu-deru menyambut pengunjung-pengunjung Broga. Angin beserta pasir yang berterbangan menyukarkan sedikit mata untuk melihat ke hadapan. Dakian dilakukan agak berhati-hati ketika angin bertiup kuat.
Sampai di Puncak Broga, MasyaAllah...pemandangan amat canteq sekali.
Lepak-lepak dulu sambil menikmati suasana yang amat nyaman dengan angin yang kuat sementara menanti yang lain tiba di puncak :)

"Hanya Beruk dibenarkan menconteng" ~ kalau ada rasa anda beruk, contenglah! Peringatan yang nampak lucu tetapi nampaknya berkesan kerana kami tidak melihat sebarang contengan di papan tersebut. :))

Cadangan ~ Perlu diletakkan 1 lagi papan tanda amaran membuang sampah merata-rata dan sesuka hati, memandangkan sepanjang pendakian, saya dapati pengunjung-pengunjung ada yang mempunyai mentaliti yang amat rendah dengan membuang sampah merata-rata dan meninggalkan sampah tersebut di sepanjang trek.

Hampir setengah jam saya duduk dan menikmati keindahan panorama Broga, kelibat rakan-rakan pun kelihatan dan kami teruskan sedikit pendakian ke Gunung Tokwan untuk bersarapan pagi. Setelah mendapatkan lokasi yang sesuai untuk masak air dan sarapan pagi, umpamnya kami berkelah di dalam hutan pada waktu itu. Lokasi terletak di antara treking pejalan kaki ke Gunung Tok Wan. Sarapan pagi kami...
Makaroni segera, roti cicah sup dan air milo :) 
Sepanjang rehat sarapan pagi kami, kelihatan pengunjung-pengunjung dari kolej-kolej dan universiti meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tok Wan. Pernah sekali saya tegur pelajar-pelajar luar negara ini kerana membuang dengan sesuka hati botol minuman di hadapan kami. Saya minta dia ambil semula botol air tersebut dan membawanya turun sehingga ke tempat letak kereta dan buang di tempat yang sepatutnya.

Selain dari menikmati keindahan alam semulajadi, mereka juga perlu peka dengan kebersihan. Apalah gunanya alam semulajadi sekiranya persekitaran kotor dan penuh dengan sampah. Saya ingatkan, bahawa untuk menikmati alam, kita perlu hormat kepada alam. Jangan membuang sampah merata-rata dan sesuka hati.

Setelah menjamu selera dan anak-anak pun dah kekenyangan, kami meneruskan perjalanan turun. Walaupun jam menunjukkan pukul 10pagi, cuaca panas yang terik dan membakar kulit. Sepanjang-panjang jalan saya asyik berkata, "Habislah muka sunburn"

Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang setengah jam. Dengan cuaca panas terik dan treking yang berdebu serta berpasir, sekaligus membuatkan kami lebih berhati-hati semasa turun.

Sepanjang perjalanan turun, ada juga pengunjung yang baru sahaja mulakan pendakian. Aduhh! di dalam cuaca yang panas terik ini, habislah muka :))
Akhiran hujung minggu yang superb dan bermanfaat. Alhamdulillah :)

"When you have worn out your shoes, the strength of the shoe leather has passed into the fiber of your body.  I measure your health by the number of shoes and hats and clothes you have worn out."~Ralph Waldo Emerson
Post a Comment