12 November 2013

Tips Keperluan Penting Semasa Melancong

Anda ingin melancong dan mengembara, tetapi pening-pening lalat memikirkan apa yang perlu dibawa dan yang tidak perlu di bawa. Saya mungkin boleh membantu anda dengan menyenaraikan tips mudah di bawah ini:
  1. Dokumen perjalanan (passport & Kad pengenalan)- simpan di dalam fail yang selamat, kalis air dan buat sesalinan dokumen tersebut;
  2. Duit belanja dalam currency negara yang dilawati;
  3. Peralatan kecantikan bersaiz kecil. Gunakan packing yang kecil untuk peralatan mandian dan make-up anda;
  4. Jangan bawa perhiasan berharga semasa melancong;
  5. Bawa buku panduan mengenai tempat yang anda lawati;
  6. Jangan lupa buku nota untuk mencatat kisah-kisah perjalanan anda atau anda boleh mencatatkan kisah anda di blog peribadi anda;
  7. Bawa pakaian mengikut keperluan, yang mudah disuai padan dgn cuaca dan keadaan negara yang ingin dilawati. Sekiranya baju tidak mencukupi, anda boleh kitar semula baju tersebut dengan membasuh dan mix n match – tips: susun pakaian secara menggulung. Ada juga yang susun pakaian secara lipatan besar di dalam beg. Ikut kesesuaian dan keselesaan anda. Sekiranya anda melancong secara backpack, dan tidak membeli luggage 15kg atau 20kg (bagi yang menaiki pesawat Airasia), pastikan berat beg anda tidak melebihi 8kg. 7kg lebih-lebih sedikit masih dikira 7kg dan anda masih selamat untuk dilepaskan masuk ke pintu imigresen. Letakkan barang yang paling berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg seimbang. Ini juga akan memudahkan anda membawa beg tersebut dan tidak akan menyakitkan bahagian belakang anda;
  8. Sekiranya anda membawa kasut lebih, bungkus sahaja di dalam plastic bagi menjimatkan ruang di dalam beg anda;
  9. Sediakan beg plastic untuk menyimpan pakaian yang kotor sekiranya anda tidak berkesempatan untuk membasuh atau menghantar dobi pakaian-pakaian tersebut;
  10. Kaji keadaan negara yang mahu dilawati – tempat menarik yang ingin dilawati, tempat bersejarah, kemudahan pengangkutan, budaya supaya anda tidak membuang masa mencari-cari maklumat ketika berada di sana nanti;
  11. Jangan lupa key-lock. Benda kecil yang penting yang selalu diabaikan oleh kita apabila melancong atau mengembara atas urusan apa sekali pun;
  12. Jangan lupa bawa kamera bagi merakam perjalanan anda;
  13. Jangan lupa juga membawa makanan ringan dan makanan halal terutamanya bila anda mengembara di negara-negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Natijahnya nanti, anda berkemungkinan akan hanya minum air dan makan buah sahaja…:) ;
  14. Sentiasa bawa botol air – anda perlu bawa 2 botol air. 1 untuk minum dan satu lagi untuk istinja’ sekira tandas di negara tersebut gayanya ala-ala tandas yg menggunakan tisu;
Yang paling penting sekali di kala mengembara, carilah pengajaran yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Mengembara dan melancong bukan hanya untuk suka-suka sahaja, tetapi kita perlulah jadikan ia sebagai salah satu cara untuk kita menguatkan diri kita dan yang penting sekali menguatkan ukhuwah dan keimanan kita.

“Berjalanlah kamu di serata muka bumi ini, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” - (Surah al-Ankabut, ayat: 20)

Allahu Ta’ala A’lam
Selamat Mengembara dan Berjalan merata di bumi Allah ini :)

No comments: