28 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 19 (28 Julai 2013)

Ramadhan hari 19 - Sambil menunggu beduk berbunyi...teringat masa di masjid putrajaya petang tadi. Seusai solat...baru terasa letih. Baring sekejap dan terlelap. Nyaris tidak terlajak sampai maghrib. Kembara sememangnya memenatkan, pun begitu dalam masa yang sama sedikit sebanyak saya belajar menyelami diri dan kenali manusia2 yg pelbagai watak. Ada yang boleh dijadikan teladan dan ada juga yang dpt dijadikan pengajaran. Walau di mana kita berada, dalam kembara apa sekalipun, dekat atau jauh...sentiasa muhasabah diri.

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)
(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku"
~Muhasabah diri~ Kadang2 kita sesali sesuatu yg telah terjadi, tapi kadang2 jarang juga kita ambil pengajaran dan berusaha untuk perbaiki diri kerana kita selalu rasa pandangan dan apa yang kita fikir sahaja yang betul, rasa kita yang betul, dan selera orang lain ada sahaja yang tidak kena. Belajar kenali diri, belajar untuk rendah hati, belajar dari kembara kita. InsyaAllah kita akan lebih tekun menjadi hambaNya. 

Mari menjadi hamba. InsyaAllah dan selamat berbuka

No comments: