26 July 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 17 (26 Julai 2013)

Ramadhan day 18 ~ hari nie sibuk dengan tugasan di dapur. Majlis iftar perdana di rumah bagi meraikan pelajar-pelajar kakak yang datang berbuka dijangka akan meriah dan lebih meriah dari hari-hari biasa kami berbuka.

Selepas bersungkei bersama-sama dengan lebih 30 pelajar2 kakak ada 2nd session pulak - moreh with old schoolmates after terawih. Pekena kopi o kaw vietnam, shepperd pie, spaghetti cheese bakar, keropok ikan dgn acar timun, dan kuih muih. Menyembang bapak2 ibu2 la pulak masa nie. Yang bujang menyampuk aje la nampaknya. Makanan habis, Alhamdulillah, kawan2 balik dengan hasil tapauan sekali. 
Alhamdulillah!
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.(Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

No comments: