26 July 2013

Ramadhan reflections night 17

Thursday, 25 July 2013 at 22:35

Ramadhan relfections night 17 - malam ini merupakan malam 17 Ramadhan bersamaan dengan Nuzul Al-Quran. Nuzul al-Quran merupakan peristiwa bersejarah di mana Al-Quran diturunkan secara berperingkat2 dan seterusnya menjadi pelengkap bagi kita umat Islam.

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW dan memberi makna yang amat besar kepada umat Islam. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ berasal dari 'nazala' dan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Malam ini juga malam Jumaat, 17 Ramadan. Sama-samalah kita merebut malam yg sangat istimewa ini.

‘Al-Quran’ di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Tidak ada satu perkara pun yang tertinggal di dalam al-Quran.

Sepertimana Allah nyatakan di dalam Surah al-An'am ayat 38. Firman Allah: "Dan tidak ada seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."

Surah al'Alaq menjadi ayat pertama yang diturunkan dengan perantaraan Malaikat Jibril. ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘Alaq:1-5)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan panduan hidup manusia. Segala isi kandungan Al-Quran adalah benar dan terpelihara sejak 1434 tahun yang lalu.

Marilah kita islahkan diri. Marilah kita tadabbur al-Quran. Marilah kita menjadi hambaNya.
Allahu ta'ala a'lam.
Shared with Memoires

No comments: