Tuesday, July 23, 2013

Refleksi Ramadhan 1434H – Hari 14 (23 Julai 2013)

Tuesday, 23 July 2013 at 18:48
Ramadhan reflections day 14 - sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah nak masuk fasa pertengahan Ramadhan. Tahun ini belum pernah lagi berbuka secara besar-besaran dan bazirkan wang untuk iftar yang hampir menelan belanja ratusan ringgit di hotel2 atau di luar. Alhamdulillah.

Kadang-kadang ber-sungkei kayaknya seperti tiada punya apa-apa, seakan2 nikmat makan itu ditarik gayanya.

Kadang2 bila teringinkan sesuatu, masa dan ketika itu yang diingini tiada. Akhirnya cuma berbuka dengan kurma.

Dari sehari ke sehari puasa seperti banyak dihabiskan untuk mengisi keinginan dunia. Masa seakan begitu cepat berlalu sedangkan juzu' yang dibaca masih belum mencapai kpi-Nya. Sibuk benar dengan urusan dunia yang tak pernah berkesudahan. Natijahnya ditakuti, puasa dan tak puasa sama ja akhlaknya. Alangkah ruginya saya!

Ditakuti jua...Ramadhan yang hanya tinggal 15 hari ini akan berlalu begitu sahaja. Kepada Allah jualah saya serahkan diri, agar saya dan anda semua sentiasa diberi kelapangan untuk islahkan diri, sentiasa ada masa untuk tadarrus dan tadabbur al-Quran, sentiasa ada masa untuk memenuhi hajat manusia lain yang memerlukan hajat dan sentiasa siap siaga untuk bertemu denganNya di setiap solat dan setiap saat. Ramadhan... bulan di mana kita berpeluang untuk memperindahkan diri bukan sahaja fizikal, mental, jiwa, ruhani, hati, iman dan bekalan akhirat kita.

Allahu ta'ala a'lam 
Shared with Memoires
Post a Comment