05 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 16

In Mufti Ismail Menk status:

"Ramadhaan Challenge : Identify your worst habit and give it up for the Sake of the Almighty. Ready?"

Persoalannya?
"Apakah kita mampu  untuk mengakui perangai tidak baik kita?" Malahan saya sendiri juga meragui kemampuan tersebut untuk mengakuinya. Itu tanda-tanda keegoan. Ego yang perlu ditundukkan untuk mencapai kerendahan hati.

Apakah perangai tidak baik kita itu? Kene kenal pasti.
Kadang-kadang kita rasa kita betul atau tindakan kita betul tetapi ianya adalah salah. Hati kita rasa betul sebab kita ada ego. Bila ada yang mengatakan tindakan atau perangai kita itu tidak betul atau kurang betul atau kurang bijak...selalunya apa yang kita buat adalah :-
  1. marah; atau
  2. bertelagah; atau
  3. berbahas mengenai perkara tersebut kerana kita mahu menang; atau
  4. kita buat atau teruskan tanpa memperdulikan apa orang lain kata.
Itulah sifat kita manusia. Kita ada ego. Dan ego tersebut kadang-kadang tidak baik untuk iman kita. Belajar untuk merendahkan hati. Belajar untuk mendengar. Belajar untuk mengakui bahawa kita ada perangai tidak baik yang harus diperbetul. Bersempena Ramadhan kali ini, mari belajar untuk merendahkan ego kita agar keimanan kita dapat dinaikkan darjatnya dan kekerasan hati kita dapat dilembutkan seperti lembutnya sutera.

Peringatan ini untuk diri ini semata. Mudah-mudahan bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang lain jua.

ALLAHU TA'ALA A'LAM.



No comments: