Friday, May 4, 2012

Bermulanya sebuah pelaburan...

"Assalamu'alaikum cik"
"Wa'alaikumussalam, siapa ni?"
"Saya kawan kepada kawan cik. Saya dimaklumkan yang cik berminat dengan pelaburan xxx. minggu nie cik free tak?"
"errrmm...hmmm, saya ada mesyuarat dekat Penang sekarang nie"
"kalau macam tu dalam minggu depan saya call semula untuk set kan appointment.."
"errmmm...ok, boleh InsyaAllah"
hmmm, saya tidak menyangka hasrat hati saya untuk meninjau-ninjau lebih lanjut ruang pelaburan yang telah lama saya tinjau ini direalisasikan. Terkejut jugak saya kerana saya hanya menyatakan hasrat hati itu secara tidak serius, hanya dalam perbualan biasa-biasa sahaja. Dan ramai juga rakan-rakan saya yang menjadi Financial Planner di dalam Mutual Fund ini, cumanya saya rasa ada beberapa orang yang telah approach tetapi mungkin tidak terus konsisten untuk approach serta masa dan kewangan saya yang tidak berapa sesuai untuk membuat pelaburan.

Minggu hadapannya En. xxx telefon lagi untuk menetapkan appointment. Kali ini saya tidak ada alasan untuk menolak dan agak berat untuk menyatakan persetujuan. Namun, saya bersetuju agar dibuat pertemuan pada hari yang tengah di dalam minggu tersebut. Saya juga minta En. xxx membuat projection mengenai pelaburan tersebut bagi saya mencongak kesan pelaburan tersebut dan natijahnya diakhir pelaburan.

Tengahari yang dijanjikan, saya bertemu dengan En. xxx. En. xxx merupakan biras kepada kawan sepejabat saya ini dan beliau tidaklah terlalu lama di dalam industri MF. Namun begitu, saya berpandangan sudah sampai masanya saya melangkah selangkah ke hadapan di dalam pelaburan. Walaupun tujuan sebenarnya bukan untuk menjadi kaya raya, sekurang-kurangya impian saya untuk menyumbangkan seberapa banyak kepada yang memerlukan dan menjelajah dunia melangkah setapak lagi. Mudah-mudahan Allah maqbulkan doa saya ini dengan usaha yang sedikit demi sedikit yang dilakukan ini.

Sebelum saya bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali, saya membuat analisa dahulu melalui percakap di dalam telefon. "through conversation, sometimes we know how people behave". Tapi tidak semuanya  betul, sebab itu kita harus berjumpa sendiri eye-to-eye untuk melihat dan kenal lebih lanjut bagaimana perwatakan seseorang itu.


Rabu - seperti yang dijanjikan, saya bertemu eye-to-eye dengan En. xxx. Beliau memberi penerangan berdasarkan pelaburan sebanyak RM40k...saya hanya senyum sahaja, dalam hati "erkkkk, mana la ada duit sebanyak itu". Saya biarkan beliau dengan penerangannya. Tiada unsur paksaan, hanya penerangan yang tidak men-stresskan :-). Penerangan yang tiada unsur paksaan dan saya rasa jelas...dan boleh diperjelaskan lagi pada masa akan datang memberi gambaran lebih jelas bagaimana fund tersebut akan bekerja untuk kita memberi ruang fikiran saya untuk meneruskan pelaburan dunia jangka panjang ini. Walaupun projection yang dipaparkan dengan jumlah pelaburan yang besar, saya merasakan bahawa saya perlu melabur mengikut kemampuan diri sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman di mana-mana. Saya juga perlu melihat dan mencongak apakah saya mampu untuk memberi komitmen bulanan. Sekiranya tidak mampu untuk memberi komitment bulanan yang maksima, saya perlu membuat komitment bulanan yang paling minima dan sudah tentulah pulangannya nanti sedikit sebanyak akan terjejas.


Di dalam membuat pelaburan, kita perlu realistik dan berupaya membuat congakan bulanan mengikut kemampuan kita. Selepas itu, janganlah mengharap bahawa pelaburan tersebut berganda-ganda sekiranya komitmen bulanan kita hanyalah yang minima.
Pertemuan tersebut saya akhiri dengan pengisian borang, penyerahan initial investment dan yang lainnya akan diuruskan oleh En. xxx. Komitment bulanan juga akan dimasukkan di dalam akaun En. xx atas dasar percaya bahawa semua orang adalah baik dan jujur.  Saya percaya ini rezeki buat En. xxx. Allah bukakan hati saya akhirnya. Walaubagaimanapun, saya tegaskan kepada En. xx dengan kata-kata lebih kurang seperti berikut -  "saya senang percaya kepada orang dan saya percaya semua orang adalah baik. Tetapi, sekali orang tersebut mengkhianati kepercayaan tersebut, tidak akan ada peluang kepercayaan bagi orang yang mengkhianati amanah yang orang lain berikan"

‘It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently.’
‘Money to some extent sometimes let you be in more interesting environments. But it can’t change how many people love you or how healthy you are.’
~Warren Buffet
Post a Comment