30 May 2012

Travellingbie : 20hours journey back to hometown Part 2

Jam 4am, bas tiba di kaunter imigresen Malaysia dan sekitar jam 430am, tiba di imigresen Singapura menandakan bahawa bas telah tiba di kepulauan singa ini. Lebih kurang jam 5am, destinasi bas terakhir di Beach Road. 
Hari masih gelap lagi, walau bagaimanapun, teksi banyak yang menanti untuk mengambil peluang mendapatkan penumpang seawal pagi itu. Saya mengambil keputusan untuk tidak menaiki teksi dan menunggu sehingga siang mula menampakkan diri. Bersama saya menaiki bas juga terdapat sepasang suami isteri yang datang ke singapura untuk berjalan2 dan akan balik pada petangnya. Mereka juga seperti saya...Blurrr. 

Walaubagaimanapun, penantian siang itu terasanya lama. Saya menuju ke perhentian bas yang berdekatan untuk meninjau-ninjau mengenai laluan bas tersebut. Ternyata, bugis street tidak jauh dari situ dan ini bermakna Masjid Sultan juga tidak jauh. Berjalan berseorangan di Negara orang mungkin agak menyeramkan dan menakutkan. Alhamdulillah, kelihatannya tiada apa yang luar biasa. Mencari-cari di mana Masjid Sultan berseorangan agak sukar sedikit. Saya masuk ke kedai 7-eleven berdekatan dan bertanyakan arah. Mengikut arahan yang diberikan dan berjalan berseorangan, saya bernasib baik kerana terserempak dengan pasangan tersebut yang sama-sama mencari masjid tersebut. Lebih kurang jam 6pagi kami sampai di masjid sultan. Masjid masih gah seperti biasa tetapi keadaan sekeliling nya sedang dibaikpulih dan dinaiktaraf...Luarannya nanti saya kira akan bertambah canteq dengan pintu gerbang menuju ke masjid. 
Seusai menyelesaikan segala urusan...saya masih lagi berfikir2 untuk ke mana memandangkan hari masih lagi agak gelap, kedai belum lagi dibuka...kedai makan di hadapan masjid pun belum lagi dibuka. Perut mula memainkan muzika klasiknya. Laparrr...dan lapar nasi sebenarnya. Hari mula mencerah dan saya mula merayau2 tanpa tujuan...dengan mengantuknya dan lapar, saya menumpang dahulu di lobi hotel landmark sambil menghabiskan brownies yang telah dibekalkan oleh bff dan membaca buku yang dibawa. Lama kelamaan saya kalah dengan keadaan mengantuk yang saya sedang hadapi sehinggakan hamper tertidur di sofa yang disediakan di lobi hotel tersebut... 
Jam 8am, saya pergi semula ke masjid sebelum meneruskan perjalanan mencari MRT dan melawat beberapa kawasan. Saya terfikirkan Kampung Melayu sahaja pada masa itu. Itulah tempat yang saya selesa kerana ramai orang melayu di sana. Dari MRT Bugis saya ke MRT Paya Lebar untuk ke Malay Village. Seawal pagi itu, cuaca masih lagi nyaman dan segar. Walaupun tidak dapat mandi dengan sempurna sekurang-kurangnya dapat melegakan. Tetapi dengan aktiviti berjalan kaki ini, peluh mula mengeringat dan saya mula berasa tidak selesa. Sesampainya di Paya Lebar, saya meneruskan perjalanan ke Malay Village. Perut mula menggelodak lagi...hmmm, kene makan dulu nie. Dah biasa makan pagi, bila tak makan pagi, perut mulalah mendendangkan lagu sedihnya. 

Semasa makan pagi, saya memerhati keadaan sekeliling, kebanyakan penduduk melayu yang berurus niaga di situ. Saya melihat tempat makan yang kosong yang hendak disewa tersebut...sila hubungi xxxx, yang xxxx nya itu bukanlah bangsa saya, dan gerai2 di situ walaupun telah dikategorikan sebagai halal, saya lihat terdapat gerai2 yang pekerjanya bukan bangsa saya dengan rambut diwarnakan emas seperti hero2 filem mereka. Hmmmm...owner kawasan nie melayu atau xxxx?saya mula tertanya2. Di pasar basahnya ramai peniaga melayu begitu juga di pasar keringnya. Cumanya mungkin pemunya kawasan tersebut adakah bangsa lain, saya tidak pasti. Saya suka berkunjung ke kawasan ini kerana  ramai orang melayu di sana dan makanannya InsyaAllah halal, dengan pembangunan yang semakin pesat di kawasan tersebut...berkemungkinan penempatan melayu dipindahkan ke tempat lain, saya tidak pasti. Untuk mengetahuinya, saya perlu belajar sejarahnya dahulu. Sebab itulah pentingnya sejarah. Dengan sejarah kita boleh ambil iktibar mengenai perkara yang telah berlalu dan tidak mengulangi kesilapan orang2 terdahulu. Tetapi di dalam sistem pendidikan pun, sejarah dipinggirkan dan hanya menjadi mata pelajaran tidak popular bagi pelajar2 yang tidak Berjaya di aliran sains. Lama saya berfikir mengenangkan nasib melayu di pulau temasek ini... 
Selepas makan saya meneruskan bacaan saya, dan lepak sebentar di Geylang Serai. Orang ramai mula memenuhi pasar tersebut, memandangkan terdapat pasar basah dan pasar kering di tempat yang sama. Kedai2 menjual baju2 dan tudung2 mengabui mata saya. :--)). Berjalan melewati kedai-kedai pakaian tersebut, hampir2 lagi saya berbelanja. Tetapi mengenangkan beg sandang yang dibawa agak berat dengan komputer riba, saya hanya mampu memegang baju2 tersebut walaupun harganya hanya SGD10 – SGD20. Tudung2 pula hanya berharga sekitar SGD5, lebih kurang RM12. Kedai Hajah Mainumah dan Nora Apparel saya jenguk. Di butik Nora Apparel saya meninjau2 barangkali ada yang berkenan di hati...hmmm,nasib baik yang berkenan di hati tiada stok :-). Teringat kembara ke singapura tahun 2009 bersama kakak dan anak saudara. Keadaan di Joo Chiat Road tidak banyak berubah, cumanya prasarana dimajukan dan jalan diperbaiki.


Don’t be a tourist. Plan less. Go slowly. I traveled in the most inefficient way possible and it took me exactly where I wanted to go. — National Geographic’s Andrew Evans, on his 40 day, 40 bus journey from Washington D.C. to Antarctica.

No comments: