Thursday, April 12, 2012

Jualan Gudang

Sekiranya ada kelapangan saya akan pergi ke Jualan Gudang memandangkan ianya jauh lebih murah dari jualan biasa dan ini akan dapat mengurangkan belanja anda di dalam perbelanjaan seharian. 

Tetapi harus diingati, yang mementingkan fesyen semasa dan terkini bagi saya, ianya tidak sesuai untuk anda. Walaupun harganya lebih murah dari biasa, anda tidak akan dapat menemui fesyen terkini kerana kebiasaannya jualan gudang akan mempamerkan barangan yang hampir tamat tempoh dalam setahun lagi contohnya, fesyen-fesyen yang lama dan barang-barang yang dipulangkan semula oleh pasaraya seperti JJ, Sogo, Parkson dan sebagainya. Bagi saya, asalkan sedap dipakai dan kebetulan pula murah, kenapa saya perlu bazirkan simpanan saya untuk membeli yang mahal sedangkan ada yang jauh lebih murah dan kualitinya juga bagus. Saya jarang membeli kerana fesyen, kerana fesyen begitu cepat expired. Hari ini kita membeli fesyen terkini dan berbangga dengannya, keesokan harinya fesyen tersebut sudah dikira lama atau outdated. Cumanya anda perlu berhati-hati dan memeriksa dengan teliti barangan yang ingin anda beli samada telah tamat tempoh atau bajunya ada sedikit koyak atau kecacatan yang lain. Kebiasaannya, Jualan Gudang ini akan menghabiskan stok produk dan barangan mereka kerana mereka tidak akan menyimpan stok-stok tersebut terutamanya barangan kosmetik yang hampir tamat tempoh, dan ada juga produk-produk yang fesyennya agak outdated dan ianya perlu dihabis bagi mengosongkan gudang mereka dan memenuhkan dengan produk-produk dan barangan yang baru.

Sebelum itu, ketahui juga hak-hak anda sebagai seorang pembeli ya. Jangan mudah tertipu dengan blink blink Jualan Gudang atau Jualan Hebat dari mana-mana pasaraya.

"Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving."~Albert Einstein
Allahu Ta'ala A'lam
Post a Comment