19 February 2012

Sambungan Bab 1: Ilmu dan Kelebihannya serta yang berkaitan dengannya.

Masih lagi di dalam Bab 1 iaitu mengenai ilmu...
Adab-adab seorang Guru 

Seorang guru mempunyai tugas dan tanggungjawabnya yang tersendiri. Antaranya: 
  1. Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap para pelajarnya; 
  2. Menganggap mereka seperti anaknya sendiri; 
  3. Tidak meminta upah kerana ilmu yang disampaikan; 
  4. Tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ucapan terima kasih daripada mereka; 
  5. Mengajar semata-mata kerana Allah Ta’ala; 
  6. Janganlah guru itu menganggap bahawa mereka telah terhutang budi padanya; 
  7. Sepatutnya melihat bahawa kelebihan adalah milik para penuntut ilmu kerana mereka sanggup menyediakan hati-hati mereka demi untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan tanaman ilmu tersebut; 
  8. Tidak wajar bagi seorang guru meminta upah kecuali daripada Allah Ta’ala sahaja; 
  9. Seorang guru hendaklah tidak kedekut dalam member nasihat kepada muridnya; 
  10. Berusaha menegur kesilapan dan akhlak buruk pelajarnya secara kiasan atau sindiran, bukan dengan cara memburuk atau mencela. Ini kerana cara tersebut boleh menghilangkan kehebatan (haibah) diri guru tersebut di mata muridnya; 
  11. Hendaklah melihat tahap kefahaman dan kemampuan akal pelajarnya; 
  12. Sentiasa memberikan pelajaran mengikut kadar kemampuan akal para pelajarnya; 
  13. Tidak menyampaikan sesuatu yang sukar untuk difahami dan di luar kemampuan akal pelajar2nya 
  14. Beramal dengan ilmunya. Janganlah dia melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan ajarannya. 
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah:44 bermaksud: 
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah”. 

Ali r.a. berkata: “Dua jenis manusia yang membebankan iaitu orang berilmu yang terdedah aibnya dan orang jahil yang beribadat.” 

Allahu Ta’ala A’lam

No comments: