09 October 2011

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah) - Readings

Membaca buku bukan novel ini memang memenatkan. Otak ligat berfikir memikirkan isi kandungan buku tersebut. Bagaimana seseorang itu atau sekumpulan orang itu boleh menjadi begitu ta'assub dengan pemikiran Syi'ah, mencerca sahabat-sahabat Nabi s.a.w seperti Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Umar Al-Khattab r.a serta begitu memuja-muja Ali bin Abi Talib.


Di antara sekian banyak kitab Syi'ah, ada sebuah kitab yang bernama Az-Zahraa' setebal tiga jilid yang mana telah diterbitkan oleh alim ulalma bandar Najef, yang mana mereka telah menyebutkan bahawa Amirul Mukminiin Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a telah dihinggapi oleh sejenis penyakit yang hanya boleh disembuhkan dengan air mani lelaki. MasyaALLAH, sungguh kotor dan najisnya roh dan semangat mereka yang berpunca dari sikap ta'assub bermazhab, dan inilah yang perlu dihindarkan terlebih dahulu iaitu ta'assub terhadap mazhab-mazhab tertentu.

Antara ringkasan pegangan Syi'ah yang amat bertentangan dengan Ahli Sunnah:
  1. Mempertikaikan kemurnian dan keaslian isi kandungan Al-Quran bagi sebahagian golongan mereka. Jika isi kandungan Al-Quran didapati bersalahan dengan sesuatu dasar iktiqad kepercayaan mereka, nescaya mereka takwilkan dengan cara yang sungguh ganjil, asal sahaja sesuai dengan mazhab mereka;
  2. Orang Syi'ah tidak mengambil kira sebagai hadis yang sahih kecuali hadis2 yg dinisbahkan Ahlil bait atau keluarga terdekat Rasulullah s.a.w sahaja dan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh orang2 yang rapat hubungannya dan sentiasa mendampingi Sayyidina Ali di dalam kegiatan dan percaturannya di bidang politik. Hadis-hadis yang selain daripada itu ditolak dan tidak diambilkira;
  3. Berpendapat bahawa para sahabat Nabi s.a.w itu telah menjadi kafir semula sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w kecuali beberapa orang tertentu yang tidak sampai bilangan jari mereka, sambil meletakkan Sayyidina Ali di suatu tempat yang khusus;
  4. Aqidah di sisi Syi'ah - mereka beriman kepada ALLLAH s.w.t dan keesaanNya, tetapi mereka mencampuradukkan i'tiqad itu dengan berbagai bentuk perbuatan syirik. Mereka selalu sahaj berdoa kepada para hamba ALLAH selain daripada ALLAH, sambil berkata "Wahai Ali! Wahai Hussain! Wahai Zainab!" mereka bernazar dan menyembelih korban kepada yang lain daripada ALLAH s.w.t;
  5. Bab melihat ALLAH s.w.t - bagi Syi'ah, tidak mungkin berlaku baik di dunia mahupun di akhirat;
  6. Bab masalah ghaib - mereka mendakwa bahawa haq mengetahui urusan alam ghaib itu adalah kepunyaan imam-imam mereka dan bukan menjadi hak nabi untuk menyampaikan berita mengenai alam ghaib. Atas dasar inilah, maka sebahagian mereka menisbahkan sifat ketuhanan kepada imam-imam mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai titik-titik perbezaan dan pertentangan di antara Ahli Sunnah Wal Jama'ah dengan Syi'ah Imamiah dalam masalah iktiqad dan kepercayaan, bolehlah mendapatkan buku ini.

Wallahu'alam.

No comments: