25 September 2011

Baru-baru nie seorang kawan saya yang memang dah lama tak jumpa menelefon saya. Rupa-rupanya ada berita yang dibawa, menyampaikan berita perpisahan salah seorang kawan  sepembelajaran kami di uni dulu. Hmmm…jodoh mereka tak panjang rupanya. Si suami telah kembali semula ke tempat asal beliau dan memulakan kehidupan baru di sana bersama anak-anaknya, meninggalkan semua kehidupan kota metropolitan. Sayang, cahayamata dah ada 4 orang, tetapi rumahtangga berantakan. Ternyata, kehadiran cahayamata tidak mampu menjamin rumahtangga yang berkekalan. Bila cinta salah seorangnya suami atau isteri pudar, maka senanglah iblis dan syaitan memasukkan jarum godaan mereka. Saya berharap agar kedua-dua nya mendapat tenang dan redha. Sesungguhnya, Allah swt memang tidak sukakan perpisahan antara suami dan isteri. Perpisahan dan perceraian adalah jalan yang paling akhir sekali bagi pasangan suami isteri. Benarlah…hidup ini diibaratkan seperti roda. Oleh itu, bila kita berada di atas, senang, maka wajiblah kita bersyukur, bila kita berada di saat2 kesusahan, wajiblah kita bersabar.

Sebelum nie juga, diberitakan juga kepada saya oleh seorang kawan, salah seorang sahabat kami telah berkahwin seorang lagi. Tak sangka pulak jodoh semakin bertambah dengan kehadiran isteri kedua. Alhamdulillah! Mudah-mudahan isteri pertama redha dan isteri kedua beliau sedar diri bahawa dia menumpang kasih orang, tidak tamakkkan kasih sayang sehingga sang suami meminggirkan isteri pertama. Mudah-mudahan kehidupan mereka sekeluarga sentiasa aman, tenteram dan bahagia.

Begitulah kehidupan, bila hidup berlandaskan cinta ALLAH swt, InsyaALLAH berkat hendaknya. Bila kehidupan berkeluarga berlandaskan cinta dorongan hawa nafsu, kecantikan, kekacakan pasangan masing-masing dan penuh dengan dunia…banyaklah faktor-faktor yang akan menjadi punca di atas keruntuhan hubungan dan institusi tersebut.
Saya melihat begitu ramai kawan-kawan yang bahagia dengan perkahwinan mereka secara lahiriahnya dan berpanjangan kekal sehingga kini. Dan saya pasti perkahwinan yang bahagia tersebut bukan mudah untuk dikekalkan sebegitu rupa. Banyak perkara yang perlu dikompromi bersama bagi pasangan-pasangan tersebut. Bagi yang mengalami kegagalan di dalam perkahwinan, sabar adalah yang sebaik-baiknya. Bagi yang begitu bahagia di dalam perkahwinan mereka, syukur adalah yang sebaik-baiknya kerana masa depan bukanlah sesuatu yang pasti untuk kita. Sentiasalah berdo’a kepada ALLAH swt agar hubungan tersebut berkekalan sehingga syurga. :-)

Bagi yang belum berpasangan, jadikanlah cinta yang bakal datang itu, atau yang sedang berputik di hati,  cintanya kerana ALLAH swt. InsyaALLAH, segala halangan dan dugaan akan dapat ditempuhi bersama. Wallahu’alam.

No comments: