02 August 2011

Spaghetti Udang Keju

Resepi ringkas untuk berbuka puasa dan mungkin juga untuk bersahur :-). Bagi yang buntu memikirkan apa juadah untuk dimasak hari ini, bolehlah mencuba resepi di bawah ini :-)
Gambar adalah hiasan semata-mata. Gambar sebenar akan dimuatnaik sedikit masa lagi. 
Bahan-bahan : 
· 1/2 pak spaghetti 
· 200 gram udang, dibuang kulitnya dan cuci bersih 
· 4 biji bawang putih, cincang halus 
· 1 bawang besar, cincang kasar 
· 2 buah tomato, cincang kasar 
· Pes tomato 
· Keju parut (sekiranya tidak ada boleh gunakan cheesedale dsb) 
· Sedikit gula, garam dan lada putih/hitam secukup rasa 
· Sedikit minyak untuk menumis 

Cara membuat : 
· Rebus spaghetti sehingga lembut, tambah sedikit minyak dan garam 
· Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang, tumis sehingga naik baunya 
· Masukkan udang, tomato dan pes tomato 
· Masukkan keju sehingga keju tersebut cair 
· Tambah gula, garam dan lada putih/hitam secukup rasa 
· Setelah sos masak, tuangkan di atas spaghetti yang telah diletakkan di atas pinggan 
· Taburkan keju parut di atas spaghetti tersebut 

Selamat Mencuba :-)

No comments: