Wednesday, May 18, 2011

Menggapai mentari di Bukit Broga

Bukit Broga...kali ini misi menawan puncak 4. harap-harapnyer tercapai. Seawal jam 430am bangun dan menyediakan bekalan. Jam 515am mula bertolak ke semenyih. Bukannya kami sahaja yang telah bangun seawal-awal pagi. 
Kelihatan beberapa kereta menuju ke tempat yang sama. 545am, singgah solat subuh di surau Uni Nottingham...selepas solat, kami mula bergerak ke tempat yang hendak dituju, tidak berapa jauh dari universiti tersebut...sampai di tempat parking, ramai rupernya yang datang lebih awal untuk mendaki bukit broga. Jalan masih agak gelap, dengan bercahayakan lampu di kepala, kami mula mengorakkan langkah. 
Kali nie ada bantuan..tongkat ajaib :-) Jalan pelan-pelan, rilek-rilek...jam 645am, sampai di puncak pertama, lepak2 sekejap sambil menikmati keagungan Tuhan dan keindahan alam...udara amat segar dan pemandangan pun menjernihkan mata...
Puncak ke-2, dinaiki lebih kurang 10minit, acara santai dan acara menembak pemandangan dimulakan...trek agak licin mungkin disebabkan hujan yang lebat semalam...
Puncak ke-3 dan ke-4 akhirnya dapat ditawan...treking kali ini tidak seteruk yang pertama
Yang kedua ini agak santai walaupun sesekali berhenti melepaskan lelah...training pun, pancit jugak. nampaknyer kene selalu training untuk stamina dan kesihatan :-)
Pemandangan dari puncak...MasyaALLAH, amat indah. Tanda-tanda kebesaran ALLAH swt telah ditunjukkan secara terang-terangan kepada kita, sayang sekali jika kita masih lalai dan leka dengan kecintaan dunia.
Post a Comment