19 November 2010

Kecewa...

Kecewa dan sedih dengan berita yang dikhabarkan pada hari raya EidulAdha. Hajat hati tak kesampaian untuk pergi ke sana. Kerajaan Arab Saudi telah membatalkan semua visa ziarah bagi bulan Disember.
Perasaan untuk menjadi tetamu istimewa hancur berderai buat seketika...hilang mood nak buat ape2 masa tu.
Tapi...bila difikir-fikirkan balik...muhasabah diri semula, pembatalan visa ziarah dari kerajaan Arab Saudi tu sebab dan musababnya. Mudah-mudahan ada hikmah yang lebih besar disebalik pembatalan tersebut, dan ALLAH lah yang lebih mengetahui di sebalik kejadian.
Mana tahu, mungkin aku tidak cukup bersedia lagi...persediaan ke sana masih belum dan tidak mencukupi lagi untuk aku layak ke sana...pernah juga berburuk sangka dengan ALLAH, apakah ALLAH tidak sudi menerima tetamu kerdil dan hina ini untuk berkunjung ke rumahNYA? Astaghfirullahal 'Adzim...buruk sangka pulak aku pada Sang Maha Pencipta...sekali sekala DIA menolak permintaan dan permohonan kita, terus buruk sangka, sedangkan selama hidup kita banyak sungguh permintaan dan hajat kita dipenuhi olehNYA.

Aku pujuk hati untuk menerima dengan redha...mungkin usahaku masih belum cukup dan masih belum layak lagi untuk aku mendapat tiket ke sana...mungkin juga ada yang lebih baik dan lebih bagus yang menanti.

Redhalah wahai hati...Bersabarlah dengan setiap dugaan, ALLAH tidak akan membebankan hambaNYA dengan apa yang tidak dapat ditanggung olehnya, muhasabahlah diri wahai hati, berlumba-lumbalah wahai hati untuk kebaikan...InsyaALLAH satu hari nanti ALLAH akan menghantar kad jemputan yang istimewa itu untuk tetamuNYA yang istimewa...Aaamin!

2 comments:

Aishah said...

Betul ke arab saudi batal semua visa ziarah disembber?? tour package mana yang saudari ikut?? sedih juga dengar berita in..saya sendiri juga sedang menunggu samada dapat kelulusan visa .nak eprgi dis juga

Travellingbie said...

salam,
saya dah call travel tour, diorang maklumkan semua visa dibatalkan utk ziarah bulan disember nie, tapi tak tahu kalau arab saudi luluskan sebahagian kecil visa ziarah dan umrah...cuba check dengan travel agensi.InsyaALLAH tahun depan dapat kad jemputanNYA sampailah ke rumah ALLAH :-)