23 September 2007

Hal mendewasakan diri...

Perjalanan hidup akan sentiasa mendewasakan kita...rugilah bagi manusia yang hidup dan sepanjang hidupnya tidak dapat mendewasakan diri samada dari cara pemikiran kita dan juga tingkah laku kita...

Perjalanan memberikan kita banyak pengalaman dan pengajaran...bak kata Dr. HM Tuah, keluar dari kepompong adalah jawapan kepada motivasi diri yang unggul...

Ada orang yang tak pernah keluar dari kampung yang diduduki...dan ada jugak yang tak pernah keluar dari rumah...kalau keluar pun sekitar kawasan rumah jer...tapi bagi saya yang lagi teruk adalah orang yang selalu keluar ke sana ke mari, luar negara atau dalam negara tetapi masih terkongkong mindanya dan tidak berubah perangai selain semakin menyombongkan diri dan berbangga kerana telah banyak menjelajah negara-negara luar...seharusnya orang yang telah banyak berjalan ini sepatutnya lebih banyak pengalaman yang ditempuhi tetapi tidak mempelajari dan mengambil iktibar di atas perjalanan yang jauh itu...

Perjalanan juga merupakan salah satu cara untuk menilai sejauh mana anda bertanggungjawab, sebabnyer dalam perjalanan itu anda akan berjumpa dengan bermacam-macam benda – berjumpa dengan orang yang berlainan perangai, culture dan cara kehidupan, berjumpa dengan benda, dan berjumpa dengan haiwan. Semuanya ini boleh mencabar kredibiliti dan keupayaan anda...

Salah satu cara untuk mengetahui kita ini bertanggungjawab ataupun tidak...cubalah berjalan dan lihatlah samaada kita boleh pelihara solat kita ataupun tidak...kalau kat rumah memanglah boleh buat...itupun kekadang kalau terlajak tidur, subuh pun subuh gajah...entah-entah subuh dinasor....

Perjalanan kehidupan memang sepatutnya mengajar kita banyak benda, menguji kesabaran kita dan mengajar pertanggungjawaban kita...tapi kekadang tuh, kita tersasar dari perjalanan kita yang sebenarnya...kita kekadang kurang sabar di dalam melakukan sesuatu, kita juga kekadang pentingkan diri sendiri untuk kesenangan diri sendiri dan menyusahkan orang lain...kita juga jadi cemburu kepada kejayaan dan kesenangan orang lain dan macam-macam lagi...

Jangan anggap anda telah berumahtangga anda telah dewasa...jangan anggap umur menunjukkan kedewasaan anda...ada juga orang yang dah kawin tak pernah sedar akan kedewasaan dan kebertanggungjawaban...ada juga yang dah ada anak masih lagi berpoya-poya di luar...ada jugak yang dah masuk pusat serenti, masuk lagi berkali-kali, ada jugak yang pernah masuk penjara, masih lagi melakukan kesalahan bila dah keluar penjara...ada juga yang tak kawin masih tak punya apa-apa, sedangkan bukannya ada anak isteri yang nak kene tanggung...macam-macam ada lah!

Wallahua’lam....n

No comments: